Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah musnah dalam kebarakaran, seorang rentung

KUDAT: Seorang  rentung apabila rumah milik mangsa terbakar dalam kejadian yang berlaku di Kampung Kinarasan Darat, di sini, awal pagi tadi.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 4.41 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 45 kilometer itu pada jam 6.08 pagi.

Menurut pihak bomba, jentera bomba menghadapi kesukaran untuk sampai ke lokasi kejadian kerana jalan kampung yang tidak berturap dan sempit.

Rumah yang berkeluasan 30 kaki lebar dan 50 kaki panjang itu musnah dalam kejadian berkenaan.

Operasi yang melibatkan lapan orang anggota itu tamat pada jam 6.58 pagi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan