Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua buah Rumah Musnah Dijilat Api

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

SANDAKAN: Dua buah rumah yang terletak berhampiran di Jalan Kampung Karamunting di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku pada Sabtu.

Dua pegawai dan tujuh anggota bersama dua lojistik bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1.06 pagi. Turut membantu, tiga anggota bomba sukarela Karamunting.

Berdasarkan laporan, kebakaran berkenaan melibatkan dua buah rumah jenis tidak kekal berukuran 30×20 kaki persegi yang terbakar sepenuhnya.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Dalam kejadian berasingan, dua buah bilik di bahagian atas sebuah rumah kedai di Bandar Megah di Batu 7 terbakar kira-kira 15 peratus, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan.-AA/sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan