Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Simpangan

Pihak bomba ketika menjalankan operasi memadam kebakaran rumah tersebut.
Pihak bomba ketika menjalankan operasi memadam kebakaran rumah tersebut.

TUARAN: Sebuah rumah musnah apabila terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Simpangan, tengah hari tadi.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 12.41 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian sejauh 13 kilometer itu pada jam 12.55 tengah hari.

Pasukan bomba melakukan operasi pemadaman menggunakan satu aliran 2 pancutan 200’ sumber air jentera untuk memadam kebakaran.

Operasi yang diketuai oleh PBK II Faidzal Wong bersama 11 anggota yang lain itu tamat pada jam 1.30 petang.

Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan