Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Kibuluk

IMG-20160704-WA0017

KOTA MARUDU: Sebuah rumah jenis tidak kekal musnah apabila terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Kibuluk Pitas, di sini pagi tadi.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian yang memusnahkan rumah berukuran 30 kaki panjang dan 30 kaki lebar itu pada jam 8.25 pagi dan tiba di tempat kejadian sejauh 70 kilometer itu pada 9.34 pagi.

IMG-20160704-WA0018

Operasi yang melibatkan seramai tujuh orang anggota itu tamat pada jam 10.40 pagi.

Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

IMG-20160704-WA0021

Komen


Berita Berkaitan