Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Karanaan Tambunan

3:38pm 01/03/2016 Leolerry Lajius 2490 views Tempatan
Keadaan rumah mangsa yang terbakar dalam kejadian tersebut.

Keadaan rumah mangsa yang terbakar dalam kejadian tersebut.

TAMBUNAN: Sebuah rumah jenis tidak kekal  musnah dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Karanaan pagi tadi.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian tersebut pada jam 9.53 pagi dan tiba di lokasi sejauh 1 kilometer itu pada jam 9.54 pagi.

Tiga buah motorsikal turut terbakar dalam kejadian yang melibatkan sebuah rumah berkeluasan 40 kaki lebar dan 25 kaki panjang tersebut.

Operasi yang diketuai oleh PPgB Ronnie dengan kekuatan anggota seramai 10 orang itu tamat pada jam 10.50 pagi.

Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.-Oleh Leolerry lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan