Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Bakong-bakong

Keadaan rumah yang musnah dalam kejadian berkenaan.
Keadaan rumah yang musnah dalam kejadian berkenaan.

KOTA KINABALU: Sebuah rumah musnah selepas terbabit dalam kejadian kebarakan rumah yang berlaku di Kampung Bakong-bakong Jalan Sapi Nangoh, pagi tadi.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian yang memusnahkan sebuah rumah kediaman jenis sementara yang berkeluasan 60 kaki lebar dan 40 kaki pangjang pada jam 7.20 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 106 kilometer iru pada jam 8.35 pagi.

Pemadaman dilakukan dengan membentangkan 1 aliran 200 kaki , cabang pembahagi 2 pancutan daripada aiar yang diperolehi daripada kolam takungan berhampiran   sehingga kebakaran telah dapat dipadamkan sepenuhnya.

Operasi yang diketuai oleh  PBK II Asmori Bin Dahhiarsyah bersama enam orang anggota itu tamat pada jam 10.50 pagi.

Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Pihak bomba menjalankan operasi untuk memadamkan kebakaran.
Pihak bomba menjalankan operasi untuk memadamkan kebakaran.

Komen


Berita Berkaitan