Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,751

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rumah musnah dalam kebakaran

9:42am 23/11/2016 Leolerry Lajius 8 views Kota Kinabalu,Tempatan
Keadaan rumah yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Keadaan rumah yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

KOTA KINABALU: Sebuah rumah musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Sembulan Baru, awal pagi tadi.

Rumah jenis separuh kekal yang berkeluasan 30 kaki lebar dan 40 kaki panjang itu musnah dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.00 pagi itu.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 12.08 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 0.5 kilometer itu pada jam 12.13 pagi.

Pihak bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran empat pancutan dan mendapatkan sumber air daripada pili bomba berhampiran untuk memadam kebakaran.

Operasi yang diketuai oleh PBKII Iskandar Haji Apet bersama 20 anggota yang lain itu berjaya dikawal pada jam 12.28 pagi.

Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan