Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,787

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rumah musnah dalam kebakaran

10:06am 03/10/2016 Leolerry Lajius 73 views Kota Belud,Tempatan
Keadaan rumah yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Keadaan rumah yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

KOTA BELUD: Sebuah rumah musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Kelambai, di sini, kelmarin.

Rumah jenis separuh kekal itu yang berkeluasan 60 kaki lebar dan 30 kaki panjang terbakar 95 peratus dalam kejadian berkenaan.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 5.01 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh 13 kilometer itu pada jam 5.16 petang.

Operasi yang melibatkan lapan orang anggota itu tamat pada jam 7.30 petang.

Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan