Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah musnah dalam kebakaran

Rumah yang musnah dalam kejadian berkenaan.
Rumah yang musnah dalam kejadian berkenaan.

TUARAN: Sebuah rumah musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Tomboilik Tenggilan petang tadi.

Rumah jenis separuh kekal yang berukuran 20 kaki panjang dan 30 kaki lebar itu musnah dalam kejadian berkenaan.

Menurut pihak bomba, laluan ke lokasi kejadian yang sempit, berbukit dan licin menyebabkan jentera bomba tidak boleh memasuki kawasan kebakaran.

Operasi pemadaman juga mendapat bantuan daripada balai bomba Kota Belud dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda (Toyota Vigo) yang digunakan untuk memasuki kawasan tersebut dengan membawa peralatan dan anggota bomba.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 2.59 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh 27 kilometer itu pada jam 3.57 petang.

Operasi yang diketuai oleh PBKII Faidzal Wong bersama 13 orang anggota itu tamat pada jam 4.41 petang.

Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan dan punca serta jumlah kerugian masih disiasat.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Rumah yang musnah dalam kejadian berkenaan.
Rumah yang musnah dalam kejadian berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan