Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,672

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rumah musnah dalam kebakaran

9:49pm 24/07/2016 Leolerry Lajius 682 views Tempatan
Keadaan rumah yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Keadaan rumah yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

KENINGAU:Sebuah rumah musnah dan sebuah kedai runcit hampir musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Linsisud, di sini, petang tadi.

Rumah dengan keluasan 25 kaki panjang dan 25 kaki lebar musnah dalam kebakaran berkenaan manakala kedai runcit dengan keluasan 20 kaki lebar dan 20 kaki panjang terbakar 90 peratus.

Pihak bomba telah mendapat panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 2.21 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh 4.5 kilometer itu pada jam 2.30 petang.

Pasukan Bomba memadam kebakaran menggunakan 1 aliran,2 Pancutan, 200 kaki dan sumber air daripada jentera, dilaporkan Pili Bomba berdekatan tidak berfungsi.

Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan.

Operasi yang melibatkan seramai sembilan orang anggota itu tamat pada jam 3.53 petang. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan