Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah musnah dalam kebakaran

LAHAD DATU: Sebuah rumah jenis separuh kekal musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Jalan Dam, Kampung Damai, di sini, semalam.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian yang melibatkan   Rumah yang  berkeluasan 20 kaki lebar dan 50 kaki panjang itu pada jam 9.57 malam dan tiba di lokasi kejadian sejauh tiga kilometer itu pada jam 10.11 malam.

Pihak bomba telah menggunakan operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 2 pancutan 300’ sumber air daripada jentera dan pili bomba untuk memadam kebakaran.

Terdapat empat orang penghuni di rumah berkenaan dan kesemua mereka dalam keadaan selamat.

Operasi yang melibatkan seramai tujuh orang anggota itu tamat pada jam 10.23 malam.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan