Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah musnah dalam kebakaran

KOTA KINABALU: Sebuah rumah musnah kerana terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Lorong Jumbo 4 Taman Jumbo Putatan, petang tadi.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian yang memusnahkan sebuah rumah jenis kekal yang berkeluasan 15 kaki lebar dan 20 kaki panjang itu pada jam 3.52 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh 11 kilometer pada jam 4.05 petang.

Pihak bomba menggunakan operasi pemadaman menggunakan 2 aliran 4 pancutan daripada jentera tanker untuk memadam kebakaran.

Operasi yang diketuai oleh PKPgB Mohd Akramin Bin Sakirun bersama 24 anggota yang lain itu terkawal pada 4.27 petang.

Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan