Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rumah musnah dalam kebakaran

11:47am 11/06/2016 Leolerry Lajius 1572 views Tempatan
Keadaan rumah yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Keadaan rumah yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

SEMPORNA: Sebuah rumah hampir musnah apabila terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Tanjung Kapor, di sini, semalam.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian yang melibatkan sebuah rumah sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 60 kaki panjang 40 kaki lebar yang terbakar 95 peratus itu pada jam 10.49 malam dan tiba di lokasi kejadian sejauh 12 kilometer itu pada jam 11.05 malam.

Pasukan Bomba menggunakan 2 pancutan,1 aliran,100 kaki untuk memadam kebakaran dan sumber air daripada jentera.

Operasi yang diketuai oleh PBKII Abdul Kadir Bin Ab. Halalan bersama 10 anggota yang lain itu tamat pada jam 12.46 pagi.

Tiada mangsa yang dilaporkan terbabit dalam kejadian berkenaan. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan