Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah musnah dalam kebakaran

PAPAR: Sebuah rumah musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kemalangan yang berlaku di Kampung Laut Kinarut, di sini, hari ini.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian yang memusnahkan rumah jenis tidak kekal berkeluasan 60 kaki lebar dan 40 kaki panjang itu pada jam 11.40 pagi.

Sejurus menerima panggilan, pihak bomba telah mengerahkan anggota ke lokasi dan tiba di lokasi sejauh 18 kilometer itu pada jam 12.03 tengahari.

Operasi yang melibatkan seramai lapan orang anggota serta dua buah jentera dari Balai Bomba Papar dan tujuh orang serta sebuah jentera dari Balai Bomba Penampang berjaya di kawal pada jam 12.13 tengahari.

Menurut makluman pihak bomba, tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Rumah yang musnah dalam kejadian berkenaan.
Rumah yang musnah dalam kejadian berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan