Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rumah lama dinaiktaraf

8:25am 30/11/2015 Ann Vivien 159 views Isu Semasa,Tempatan
Kurup menebuk buluh yang berisi air ( tutuluk ) sebagai simbolik perasmian majlis itu.

Kurup menebuk buluh yang berisi air ( tutuluk ) sebagai simbolik perasmian majlis itu.

NABAWAN :  Rumah Panjang di Kampung Tataluan yang dibina sejak tahun 1966 yang terletak kira-kira 70  kilometer dari sini akan diambil perhatian pihak kerajaan untuk dinaiktaraf.                  

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Jospeh Kurup berkata, rumah panjang berkenaan dahulunya hanya didiami  tujuh buah keluarga namun kini hampir 300 orang penduduk tinggal di rumah berkenaan yang mana ruang rumah panjang ini tidak lagi mampu menampung bilangan penduduk yang semakin bertambah.                    

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis pemimpin bersama rakyat di rumah panjang di kampung berkenaan pada Ahad.                         

Selain itu katanya, struktur rumah panjang ini hampir kesemuanya menggunakan tiang kayu dan berdindingkan papan telah usang dan tidak selamat digunakan lagi.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, Kampung Tataluan ini juga mempunyai tarikan pelancongan tersendiri iaitu Batu Punggul yang mempunyai ketinggian 800 kaki yang sering didaki oleh para pendaki dari luar dan dalam negara- Oleh Kalawon Sawing/Sayangssabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan