Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah kosong jadi stor barangan seludup

seludup

KOTA KINABALU: Taktik sekumpulan penyeludup yang menjadikan sebuah kedai kosong sebagai stor penyimpanan rokok seludup akhirnya terbongkar selepas diserbu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah, di Sinsuran di sini kelmarin.

Dalam serbuan jam 10.30 pagi di tingkat tiga bangunan kedai berhampiran pasar kraftangan berkenaan, sepasukan penguatkuasa berjaya menemui dan merampas 10,560 bungkus rokok pelbagai jenama yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

Pengarah JKDM Sabah Datuk Dr Janathan Kandok berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua rokok berkenaan disembunyikan di dalam plastik hitam yang diletakkan di atas siling premis berkenaan.

Menurut beliau, kesemua rampasan terbabit dipercayai bernilai RM232,320 termasuk cukai.

“Antara jenis rokok yang dirampas adalah jenama Malboro, Astro, Era, John, Apache, Asatu dan Premium.

“Dengan kejayaan rampasan ini, JKDM Sabah percaya telah berjaya mematahkan lagi satu cubaan penyeludupan membabitkan rokok haram.

“Bagaimanapun dalam serbuan itu, tiada sebarang tangkapan dilakukan memandangkan suspek yang terlibat berjaya melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pasukan penguatkuasa kastam,” katanya dalam sidang media di sini kelmarin.

Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Komen


Berita Berkaitan