Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah kongsi terbakar

RUMAH: Rumah kongsi di Ladang Borneo Samudera yang musnah dalam kebakaran pada pagi
RUMAH: Rumah kongsi di Ladang Borneo Samudera yang musnah dalam kebakaran pada pagi

KINABATANGAN- Sebuah rumah kongsi di Ladang Borneo Samudera dekat sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku hari ini.

Pegawai Operasi, PBK II Rosemidian Haji Majid berkata, tujuh anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira jam 2 pagi.

Laporan awal merekodkan kebakaran itu melibatkan sebuah rumah kongsi jenis tidak kekal berukuran 20×40 kaki persegi yang musnah keseluruhannya.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, sementara punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.- AA / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan