Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rumah kedai musnah dalam kebakaran

11:40am 07/06/2014 Pak Roshan 19 views Lahad Datu,Tempatan

terbakar

LAHAD DATU: Sebuah rumah kedai yang terletak di bangunan tingkat 3,di Jalan Dam Lama, dekat sini, musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku awal pada pagi kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berkata, empat anggota bomba diketuai PBK II, Abu Bakar Taraji bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian sebaik saja pihaknya terima panggilan kecemasan pada jam 5 pagi.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal api sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 6.08 pagi.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran tersebut. “Punca dan jumlah kerugian juga masih dalam siasatan,”katanya lagi.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan