Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rumah Ibadat Di Labuan Nikmati Rebet Bekalan Air, Kata Ongkili

7:17pm 01/03/2016 Pak Roshan 26 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan
Datuk Dr Maximus Ongkili

Datuk Dr Maximus Ongkili

LABUAN : Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air memberikan kadar tarif air istimewa, iaitu tiada caj dikenakan ke atas penggunaan air sebanyak 35 meter padu dan ke bawah dalam sebulan kepada semua rumah ibadah di pulau bebas cukai ini berkuatkuasa serta merta.

Dengan penguatkuasaan rebet itu, beratus rumah ibadat di sini perlu berjimat dalam penggunaan air untuk menikmati bekalan air percuma.

Menterinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata keputusan itu dibuat menerusi kapasitinya sebagai menteri bertanggungjawab terhadap Jabatan Air Labuan.

Ini adalah bagi mengurangkan beban jawatankuasa rumah ibadah dalam melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan dan perkara berkaitan,” kata beliau dalam satu sidang akhbar selepas melancarkan bil gabungan bagi pembekalan air dan perkhidmatan kumbahan yang pertama di negara ini, di sini Selasa.

Rumah ibadat jatuh di bawah kategori bukan domestik yang dikemaskinikan sejak 1 Ogos, 2015.

Beliau berkata penggunaan air lebih daripada 35 meter padu sebulan akan dicaj RM0.70 setiap meter padu, sementara penggunaan air antara 36 ke 100 meter padu sebulan akan dikenakan tarif antara RM3.50 dan RM45.50.

Ongkili berkata 50 peratus daripada keseluruhan rumah ibadat di sini menggunakan air secara purata dalam lingkungan 35 meter padu dan tidak diperlukan membayar bil air.

“Hanya 25 pemegang akaun yang secara tetap menggunakan air lebih daripada 35 meter padu dan lapan daripada mereka menggunakan lebih daripada 100 meter padu,” katanya.

Beliau berkata rebet itu boleh dikuatkuasakan di negeri lain dengan persetujuan syarikat air di negeri masing-masing dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan