Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah hampir musnah dalam kebakaran

Pihak bomba menjalankan operasi memadam kebakaran rumah berkenaan.
Pihak bomba menjalankan operasi memadam kebakaran rumah berkenaan.

PAPAR: Sebuah rumah jenis tidak kekal hampir musnah apabila terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Jalan Balai Raya Kopimpinan, di sini, petang tadi.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 2.00 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh 12 kilometer itu pada jam 2.11 petang.

Rumah jenis tidak kekal yang berukuran 40 kaki lebar dan 50 kaki panjang itu musnah 90 peratus dalam kejadian berkenaan.

Operasi yang diketuai oleh PPgB Dunstan Peter dengan kekuatan 11 orang anggota itu tamat pada jam 4.31 petang.

Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian itu. Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan