Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah hampir musnah dalam kebakaran

Pihak bomba menjalankankan operasi memadam kebakaran rumah berkenaan.
Pihak bomba menjalankankan operasi memadam kebakaran rumah berkenaan.

KENINGAU: Sebuah rumah hampir musnah dalam satu kejadian kebakaran rumah yang berlaku di Kampung Patikang Ulu, di sini, semalam.

Kebakaran berkenaan melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal dua  tingkat yang berkeluasan 60 kaki lebar 70 kaki panjang  di tingkat bawah dan 20 kaki lebar 30 kaki panjang  di tingkat atas yang  terbakar 85%.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 5.26 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh 6 kilometer itu pada jam 5.48 petang.

Operasi untuk memadam kebakaran diketuai oleh TPgB Ariffin Hj. Haris bersama 10 anggota yang lain.

Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan. -Oleh Leolerry Lajius /Sayang Sabah

Keadaan rumah yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
Keadaan rumah yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan