Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah Flat terbakar

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

SANDAKAN-Tingkat dua sebuah rumah flat di Blok C, Bandar Ramai-Ramai, Jalan Leila di sini musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pada malam Khamis.

Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.08 malam dan mengerahkan 17 anggota bersama tiga lojistik ke lokasi kejadian.

Berdasarkan laporan, kejadian itu melibatkan sebuah rumah flat tiga tingkat jenis kekal dimana tingkat dua yang berkeluasan 30×15 kaki telah terbakar 100 peratus.

Operasi tamat pada jam 11.05 malam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan sementara punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.- AA/ sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan