Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RUMAH FLAT TERBAKAR DI TAMAN JAYA DIRI SEPANGGAR

Pasukan BBP Lintas dan Kota Kinabalu membuat pemeriksaan keselamatan terhadap rumah jenis flat yang terbakar itu. -Gambar SNT/Ehsan Bomba

KOTA KINABALU: Sebuah rumah jenis flat dengan keluasan keseluruhan 30×20 kaki terbakar kira-kira 70 peratus petang tadi.

Pegawai Bomba Kanan 2 Saminin Itang berkata, kebakaran yang berlaku hanya melibatkan sebuah di tingkat bawah bangunan flat berkenaan.

Katanya, kejadian yg berlaku di Taman Jaya Diri Sepanggar itu tidak melibatkan kecederaan dan kematian dilaporkan.

Keadaan di dalam rumah jenis flat yang terbakar 70 peratus. -Gambar SNT/Ehsan Bomba

Tambahnya, mereka menerima panggilan kecemasan berkenaan pada jam 3.22 petang.

Seterusnya menggegaskan seramai 27 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas serta BBP Kota Kinabalu termasuk Saminin sebagai ketua operasi ke lokasi kejadian.

Operasi berjaya dikawal pada jam 3.47 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 14.35 petang. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan