Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah dua tingkat musnah dijilat api

Beginilah keadaan rumah seorang penduduk Kampung Saga yang terbakar.
Beginilah keadaan rumah seorang penduduk Kampung Saga yang terbakar.

 

TENOM – Sebuah rumah dua tingkat musnah dalam satu kebakaran  yang berlaku di Kampung Saga, di sini, pada pukul 8.50 semalam.

Ketua Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Tenom, [email protected] Abd. Thani berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian dengan dua buah jentera bomba, sebuah van dan 12 anggota termasuk pegawai boma dan beberapa anggota polis.

“Sebaik menerima panggilan orang awam, kami terus bergegas ke tempat kejadian. Kebakaran berjaya di kawal sepenuhnya kira-kira sejam selepas kejadian dan punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana penghuni rumah terbabit difahamkan menghadiri majlis kenduri di kampung berkenaan” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Radin Malleh, meninjau tempat kejadian, sekali gus menghulurkan bantuan berupa wang tunai bagi meringankan beban mangsa. – Oleh Kalawon Sawing/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan