Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah dua tingkat musnah dijilat api

Kebakaran: Anggota bomba melakukan operasi memadam kebakaran rumah di Kampung Buang Sayang.
Kebakaran: Anggota bomba melakukan operasi memadam kebakaran rumah di Kampung Buang Sayang.

KINABATANGAN- Sebuah rumah dua tingkat di Kampung Buang Sayang dekat sini musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku awal pagi hari ini.

Ketua Operasi, Rosemidian Haji Majid bersama lapan orang anggota dan dua lojistik jenis Scania dan Altego bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.01 pagi.

Berdasarkan laporan awal, kejadian itu melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal berukuran 30×40 kaki yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran.

Tiada mangsa dilaporkan cedera manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.- AA/ SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan