Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran

Rumah yang musnah dalam kebakaran berkenaan.
Rumah yang musnah dalam kebakaran berkenaan.

TAWAU:Sebuah rumah dua tingkat musnah apabila terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Jalan Kalabakan, Felda Umas, petang tadi.

Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian yang melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang berkeluasan 40 kaki lebar dan 50 kaki panjang berkenaan pada jam 4.50 petang.

Pasukan Bomba menggunakan 1 aliran, 2 pancutan, 200 kaki dan sumber air dari jentera dan pili Bomba untuk memadam kebakaran.

Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Komen


Berita Berkaitan