Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah dua tingkat hampir musnah dalam kebakaran

TAWAU: Sebuah rumah dua tingkat hampir musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Maonsan, Jalan Sin On, di sini, petang tadi.

Rumah yang berkelusan 36 kaki lebar dan 45 kaki panjang itu terbakar 70 peratus dalam kejadian berkenaan.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 2.11 petang dan tiba di lokasi kejadian itu pada jam 2.22 petang.

Menurut pihak bomba, pasukan bomba menggunakan 1 aliran 200 kaki 2 pancutan untuk memadam kebakaran tersebut.

Operasi yang melibatkan seramai 14 anggota itu tamat pada jam 3.35 petang.

Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan dan punca serta nilai kerugian masih disisat.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran.
Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran.

Komen


Berita Berkaitan