Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah dua keluarga musnah dalam kebakaran

kebakaranLD

LAHAD DATU : Dua buah keluarga di Kampung Pisang dekat sini, tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pada malam Isnin.

Pegawai Operasi PBK II, Zulkifli Henrry ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berkata, tiga anggotanya dibantu oleh lima anggota bomba sukarela dari Zon Silam bersama dua jentera dan sebuah unit utiliti bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran tersebut pada kira-kira pukul 6.38 petang.

“Sebaik tiba, kami dapati api marak dengan cepat memusnahkan kedua-dua kediaman yang terbakar.

“Api berjaya di kawal kira-kira 40 minit kemudian daripada terus merebak ke rumah-rumah berhampiran sebelum operasi ditamatkan pada pukul 8.55 malam,” katanya.

Menurut Zulkifli, pihaknya juga turut dibantu oleh anggota PDRM bagi mengawal orang ramai yang berhimpun dan mengawal kesesakan lalu-lintas.

Katanya lagi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihaknya kini masih lagi meneruskan siasatan berhubung punca dan jumlah kerugian yang dialami dalam kebakaran tersebut.

Komen


Berita Berkaitan