Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rumah dan Pejabat musnah dalam kebakaran

7:21pm 17/10/2016 Leolerry Lajius 70 views Kota Kinabalu,Tempatan
Kedaan pejabat yang musnah dalam kejadian berkenaan.

Kedaan pejabat yang musnah dalam kejadian berkenaan.

TUARAN: Sebuah pejabat musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Lot 1 Blok G, Tingkat 1 Syarikat Tabung Emas Enterprise, di sini, petang tadi.

Pejabat yang berkeluasan 20 kaki lebar dan 20 kaki panjang itu musnah dalam kejadian berkenaan dan turut melibatkan sebuah premis Spa bersebelahan yang terbakar lima peratus di bahagian siling.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 3.02 petang dan berjaya mengawal kebakaran pada jam 3.16 petang.

Operasi yang melibatkan seramai 11 orang anggota itu tamat pada jam 3.57 petang dan punca serta nilai kerugian masih disiasat.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan sebuah rumah musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Jalan Rining, Tampasuk 2, Kota Belud petang tadi.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian yang memusnahkan rumah jenis separuh kekal dengan kelusan 40 kaki lebar dan 30 kaki panjang itu pada jam 2.06 petang.

Operasi yang melibatkan seramai 11 orang anggota itu tamat pada jam 3.40 petang.

Tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam kedua-dua kejadian berkenaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan