Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RUMAH DAN KERETA TERBAKAR DI NONGKOLUD, TUARAN

Rumah dua tingkat separuh kekal yang terbakar awal pagi tadi. -Gambar SNT/Ehsan Bomba

TUARAN: Sebuah rumah dua tingkat terbakar di Kampung Nongkolud pagi tadi.

Pegawai Bomba (PB) Adinin Kuta yang mengetuai operasi pemadaman api itu berkata, rumah jenis separuh kekal berkenaan terbakar kira-kira 90 peratus.

Katanya, kebakaran tersebut turut melibatkan sebuah kenderaan jenis Hyundai yang terbakar kira-kira 60 peratus.

Kenderaan jenis Hyundai yang terbakar 60 peratus dalam kebakaran itu. -Gambar SNT/Ehsan Bomba

Dalam pada itu, jelasnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran menggegaskan bersama-sama tujuh anggotanya ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4.03 pagi.

“Pasukan Bomba berusaha mengawal kebakaran tersebut bagi memastikan api padam sepenuhnya dan kawasan diisytihar selamat.

“Operasi dilaporkan terkawal pada jam 4.35 pagi dan tamat pada jam 5.17 pagi.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan