Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RUMAH DAN EMPAT BUAH KENDERAAN HANGUS TERBAKAR

Kenderaan yang hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi di Kampung Longob. Gambar SNT/Ehsan Bomba

KOTA MARUDU: Sebuah rumah papan dan empat buah kenderaan hangus dijilat api dalam satu kebakaran awal pagi tadi di Jalan Damai Kampung Longob di sini.

Pegawai Bomba Kanan Dua (2) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Kamarudin Sabanah berkata sebuah lagi rumah berdekatan turut terkena api namun hanya mengalami 15 peratus kerosakan.

Keadaan ketika api sedang marak. Gambar SNT/Ehsan Bomba

Walaubagaimanapun, empat buah kenderaan jenis Proton Saga, van, Perodua Kancil dan Corona milik penghuni rumah tidak dapat diselamatkan.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Katanya BBP Kota Marudu menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 1.04 pagi.

“Seterusnya menggegaskan bersama empat orang anggota ke lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba berusaha mengawal kebakaran tersebut dan memastikan api padam sepenuhnya sehingga kawasan diisytihar selamat.

“Operasi dilaporkan terkawal pada pukul 1.23 pagi dan tamat pada pukul 3.02 pagi,” katanya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan