Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rumah baru untuk pasangan warga emas daif yang hidup menderita selama 70 tahun

2:43pm 15/03/2016 Leolerry Lajius 599 views Tempatan
Gotong-royong membina rumah kediaman pasangan warga emas yang turut disertai oleh, Bom, Pemimpin Masyarakat, Rukun Tetangga, Tentera dan masyarakat di sekitar kawasan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Gotong-royong membina rumah kediaman pasangan warga emas yang turut disertai oleh, Bom, Pemimpin Masyarakat, Rukun Tetangga, Tentera dan masyarakat di sekitar kawasan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Nasib pasangan warga emas Liew Yun Pin, 80 dan isterinya, Kong Nyuk Hiong, 71  yang menjadi viral di laman sosial sebulan yang lalu terus diberi perhatian dan pada hari ini satu gotong royong telah diadakan untuk membina rumah kediaman pasangan berkenaan.

Inisiatif untuk membina rumah tersebut adalah atas ilham dari Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hjh. Jainab Ahmad Ayid, memandangkan mereka tidak mahu berpindah selepas satu usaha memujuk pasangan tersebut berpindah ke rumah kebajikan tidak berjaya.

Menurut Pemimpin Kemajuan Rakyat N.12 Karambunai Hj. Manjah Awang Bahar, pembinaan rumah ini juga merupakan salah satu langkah untuk memberi keselesaan dan juga atas faktor keselamatan memandangkan keadaan rumah pasangan tersebut tidak selamat dan daif.

“Memandangkan pasangan ini tidak mahu berpindah dari kediaman mereka untuk ditempatkan di rumah kebajikan, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna telah mencadangkan agar rumah baru bagi pasangan ini dibina,” katanya ketika ditemui ketika gotong royong tersebut, di sini, pagi tadi.

Hampir 60 orang dari pelbagai agensi  yang terlibat dalam gotong-royong pembinaan rumah tersebut yang berkeluasan 20 kaki lebar dan 16 kaki panjang yang juga akan dilengkapi dengan dapur, tandas, bekalan air serta bekalan elektrik.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Tapak rumah untuk pasangan warga emas itu yang telah diratakan untuk pembinaan rumah kediaman yang baru.-Gambar Oleh Alex Mairin

Tapak rumah untuk pasangan warga emas itu yang telah diratakan untuk pembinaan rumah kediaman yang baru.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan