Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah agam dilembah indah

Tetamu sedang menikmati udara segar
Tetamu sedang menikmati udara segar

Rumah itu tersergam indah dengan berlatar belakangkan kebun sayur-sayuran dan bukit beralun di Lembah Kundasang. Jauh disana berdiri  teguh dan agung Gunung Kinabalu.

Rumah agam ini  terletak kira-kira satu setengah jam jika memandu dari Kota Kinabalu, ibu kota Sabah.  Ia seperti rumah untuk keluarga berada tetapi sebenar nya ia adalah sebuah bangunan yang mempunyai empat apartmen untuk pelancung dan  pelawat.

Pemilik rumah tersebut, Japiril Suhaimin, berkata bahawa tempat itu memang selesa untuk di diami untuk beberapa hari sebab ia seperti kediaman biasa yang mempunyai segala peralatan seperti dapur yang lengkap serta bilik tidur yang selesa. Ruang tamu nya juga agak luas.

“Kami juga menyediakan tilam tambahan jika dikehendaki. Kami mengambil berat tentang keselesaan tetamu kami dan oleh itu kita mahu memastikan mereka mempunyai ruang yang mencukupi dan merasa mereka berada di rumah sendiri walaupun jauh dari kampong halaman sendiri,” katanya sambil menambah keselesaan rumah ditambah lagi dengan kemudahan memasak dalam setiap apartmen.

Pada mereka yang suka memasak semasa menginap dalam rumah itu, mereka boleh membelu sayur segar di pasar Kundasang. Kawasan Kundasang memang terkenal dengan ladang sayur-sayuran, oleh ity tetamu boleh memasak sayur segar  dalam keselesaan apartmen, jika mereka mahu.

Japiril berkata tetamu-tetamu nya kebanyakannya rakyat Malaysia tetapi ada juga pelancong luar negara yang berkunjung dan bermalam dirumah itu. Mereka selalu  mempunyai kata-kata positif untuk dikongsi tentang rumah itu.

Japiril (inset) dan rumah agam nya
Japiril (gambar kecil) dan rumah agam nya

“Semasa cuti sekolah rumah ini selalu penuh sebab  ibu bapa suka membawa anak-anak mereka di sini untuk bersantai dan menikmatu pemandangan dan cuaca yang nyaman. Kami juga agak dekat dengan Taman Memorial, Taman Kinabalu dan Poring Hot Spring jadi mereka boleh mengambil sehari untuk melawat dan kembali pada waktu petang, “dia menyatakan.

Mengenai gempa bumi baru-baru ini dan gegaran gegaran susulan, Japiril berkata mereka memang mengalami gegaran tetapi rumah itu tidak mengalami kerosakan.

“Walau bagaimanapun, oleh sebab-sebab keselamatan tetamu membatalkan tempahan bilik untuk bulan Jun dan Julai tetapi kami berharap tetamu-tetamu kami akan kembali tidak lama lagi. Saya tidak fikir ada apa-apa untuk dirisaukan,” beliau menekankan.

Beliau mengajak mereka yang ingin bercuti  dikawasan tanah tinggi ini untuk menikmati keselesaan  rumah percutian yang terletak  di lokasi yang sempurna ; untuk percutian yang sempurna, di mana keluarga dan rakan-rakan boleh datang bersama-sama dalam sebuah rumah dan meluangkan  masa untuk bersantai dan mengeratkan lagi tali persahabatan dan persaudaraan.

Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada facebook beliau atau hubungi 0198201714.- Sayangsabah

HOME1

Komen


Berita Berkaitan