Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ruji Ubi Mulakan Tugas Pegawai Kemajuan Negeri Hari Ini

7:24pm 28/12/2015 Pak Roshan 673 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

ruji-600x367

KOTA KINABALU : Pegawai Kemajuan Negeri yang baharu, Ruji Ubi hari ini memulakan tugas rasminya di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Likas dekat sini.

Ruji, 45, yang tiba pada pukul 7.40 pagi, disambut Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Sadim Abdul dan pegawai-pegawai kanan pejabat kemajuan negeri.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) itu kemudian diperkenalkan kepada kakitangan pejabat berkenaan sebelum memulakan tugasnya.

Ruji dilantik sebagai Pegawai Kemajuan Negeri berkuatkuasa 16 Dis lepas bagi menggantikan Datuk Matusin Sunsang yang bersara wajib awal bulan ini manakala Pengarah Imigresen Sabah Nor Alam Khan pula mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM.

Ruji berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya pada 1995 dan Ijazah Sarjana Pengajian Antarabangsa dari Universiti Queensland, Brisbane, Australia pada 2010.

Anak jati Sabah itu pernah berkhidmat di pelbagai kementerian dan jawatan terakhir beliau sebelum dilantik Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM ialah Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah (Dis 2010 hingga Ogos 2014).

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan