Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ruji Ubi Dilantik Pengarah Awam ESSCom

ruji umbi

LAHAD DATU: Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah Ruji Ubi dilantik sebagai Pengarah

Awam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) berkuat kuasa, Isnin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan ESSCom, Ruji anak jati Tawau berumur 44 tahun itu

menerima watikah pelantikan daripada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Rabu

lepas.

Pengarah Awam ESSCom merupakan jawatan baharu yang diwujudkan berikutan penstrukturan

semula organisasi ESSCom yang dipertanggungjawab menyelaras operasi pelbagai agensi

keselamatan dan pertahanan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZOne).

Penstrukturan semula yang berkuat kuasa 15 Julai lepas itu menyaksikan pewujudan dua

komponen utama iaitu pengurusan keselamatan dan pertahanan serta penguatkuasaan dan tindakan

awam.

Ketika mengumumkan penstrukturan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata

DCP Datuk Abdul Rashid Harun yang memegang jawatan Pengarah Bahagian Keselamatan dan

Ketenteraman Awam ESScom ketika itu, dilantik sebagai Komander ESScom untuk komponen

pengurusan keselamatan dan pertahanan.

Sebelum penstrukturan semula, ESSCom diketuai oleh seorang Ketua Pengarah iaitu Datuk

Mohammad Mentek.

Ruji menyertai perkhidmatan awam selaku Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Jan 1996 dan

mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan sumber manusia, kewangan, perolehan dan

penggubalan polisi.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (B.A Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1995

dan Ijazah Sarjana Pengajian Antarabangsa (Peace & Conflict Resolutions) dari Universiti

Queensland, Brisbane, Australia pada tahun 2010.

Ruji pernah berkhidmat di pelbagai kementerian, antaranya sebagai Penolong Pengarah di

Kementerian Dalam Negeri (Jan 1996 hingga Jan 1997), Penolong Setiausaha di Kementerian

Kewangan Malaysia (Nov 1998 hingga Ogos 2001), Penolong Setiausaha di Majlis Tindakan

Ekonomi Negara (MTEN) Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Sept 2001 hingga Mac 2004) dan

Penolong Setiausaha Kanan di Unit Perancang Ekonomi JPM (April 2004 hingga Feb 2006).

Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Pengajian

Tinggi (Feb 2006 hingga Feb 2008), Ketua Penolong Setiausaha Kanan di Kementerian Pertanian

Malaysia (Mac 2008 hingga Mac 2009) dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Parlimen (PTTK) di

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) (April hingga Julai 2009).

Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik Pengarah Awam ESSCOM ialah Timbalan Setiausaha

Persekutuan Sabah (Dis 2010 hingga Ogos 2014).

ESSCom diwujudkan pada 1 April 2013 selepas berlakunya insiden pencerobohan di Tanduo,

Lahad Datu, awal tahun lalu.

Komen


Berita Berkaitan