Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RUJI LAWAT MANGSA KEBAKARAN DI TANJUNG BATU KERAMAT LAUT, TAWAU

ruji

TAWAU: Pengarah Awam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Ruji Ubi melawat para mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Batu Keramat Laut, dekat sini, kelmarin.
 
Turut serta dalam lawatan itu ialah Presiden Majlis Perbadaran Sandakan Datuk Ismail Mayakob dan Ketua Seksyen Komunikasi Strategik ESSCOM Yusri Hashim.
 
Ruji yang baharu dilantik sebagai Pengarah Awam ESSCOM juga melawat tempat kejadian dan sempat beramah mesra dengan penduduk di situ.
 
Anak jati Tawau itu bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa kebakaran yang kehilangan tempat tinggal.

Dalam kejadian kebakaran itu, kira-kira 100 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Batu Keramat Laut di sini, pada Isnin.
 
Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzek dipetik sebagai berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.20 petang dan tiga jentera bomba bersama 37 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
 
Rudy juga dipetik sebagai berkata bahawa tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Komen


Berita Berkaitan