Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RTM, SJA dan Jabatan Penerangan A ungguli Kejohanan Tenpin Boling Persahabatan

boling media
PERSAHABATAN… Antara pasukan yang menyertai Kejohanan Tenpin Boling Persahabatan di CPS Bowl, Centre Point. – Foto SAYANGSABAH

KOTA KINABALU – Pasukan pemain Jabatan Penyiaran (RTM) muncul sebagai juara berkumpulan sekaligus merangkul hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 serta piala pusingan Kejohanan Tenpin Boling Persahabatan, di sini hari ini.

Barisan pemain yang terdiri daripada Mohd Shah Ab Salam, Donny Ijom, Miriam Ajim dan Awang Damit Masir diumumkan sebagai juara selepas berjaya mengutip jumlah jatuhan pin sebanyak 1886 mata.

Naib juara dan tempat ketiga dimenangi oleh Persatuan Wartawan Sabah (SJA) dan Jabatan Penerangan A dengan jumlah jatuhan pin masing-masing sebanyak 1813 mata dan 1503 mata membolehkan pasukan itu menerima hadiah wang tunai RM1,500 dan RM1,000 serta piala pusingan.

Donny turut diumumkan sebagai juara jatuhan pin tertinggi untuk kategori perseorangan lelaki melayakkan beliau menerima hadiah wang tunai RM300 dan piala iringan.

Manakala kategori wanita dimenangi oleh pemain dari Sekolah Sukan Malaysia Sabah, Joannes Joitol. Kedua-dua pemain tersebut masing-masing mengutip jumlah jatuhan pin sebanyak 514 mata.

Kejohanan bersempena dengan Program Rakan Media Bersama Menteri Belia dan Sukan itu berlangsung di CPS Bowl, Centre Point di sini dan disertai oleh 80 pemain yang terdiri daripada wakil media, agensi dan jabatan kerajaan serta sekolah sukan.

Ia dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Antara rakan media yang menyertai kejohanan tersebut ialah RTM, SJA, Jabatan Penerangan, Daily Express, See Hua Daily, Kosmo, Sayangsabah, Suria FM, Era FM dan KKFM. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan