Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RTM Sedia Siar Debat Antara Rahman-Guan Eng

5:40pm 08/04/2016 Pak Roshan 175 views Mutakhir,Politik

rahman-dahlan_lim-guan-eng_600_1

PUTRAJAYA – Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia menyiarkan secara langsung debat mengenai tanah Taman Manggis antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pihak RTM akan membantu melancarkan perjalanan debat itu melalui slot program ‘Demokrasi‘ di saluran TV1 RTM.

“Kami bersedia menyiarkan secara langsung debat itu dan terpulang kepada mereka berdua untuk menerima tawaran ini. Debat itu akan tanpa kehadiran audiens bagi memastikan program berjalan lancar,” katanya kepada Bernama di sini Jumaat.

Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), menyambut baik kesediaan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP untuk menyertai debat umum itu dengan beliau.

Dalam catatan Twitternya, Abdul Rahman berkata: “Saya menyambut baik debat umum mengenai (tanah) Taman Manggis itu. Pegawai saya akan hubungi pihak anda (YAB Ketua Menteri) untuk menyelesaikan butiran yang perlu.”

“Debat itu akan membolehkan rakyat Pulau Pinang mengetahui fakta dan kebenaran di sebalik skandal (transaksi penjualan) Taman Manggis,” Abdul Rahman dipetik sebagai berkata demikian.

Semalam Guan Eng berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan menteri tersebut mengenai perkara itu, malah mahukan acara berkenaan disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen.

BN mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP menjual tanah Taman Manggis sedangkan tanah itu telah diperuntuk bagi pembinaan rumah mampu milik. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan