Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RTM Dominasi Kemenangan Anugerah Seri Angkasa 2016

10:22am 22/05/2016 Pak Roshan 67 views Mutakhir,Nasional

RTM

KUALA LUMPUR – Malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA 2016) menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekali lagi mendominasi kemenangan apabila meraih 10 daripada 27 anugerah yang dipertandingkan malam Sabtu.

Dalam acara yang berlangsung di Auditorium Perdana Angkasapuri itu, RTM meraih masing-masing lima anugerah menerusi kategori TV dan kategori radio.

Antara kategori yang dimenanginya adalah Rancangan Hiburan Radio Terbaik (Rosli Derani, Radio Klasik), DJ Radio Lelaki Terbaik (Liang Kim Loong,AiFM), Majalah TV Terbaik (Jabir Shafie, TV1) dan Penyampai Berita TV Terbaik (Shahril Sarapudin).

Stesen televisyen Astro merangkul lapan anugerah termasuk Pengimbangan Muzik TV Terbaik (Jim Teh, Astro Ria), Wartawan TV Terbaik (Kamarul Ariffin Haron (Agenda Awani-Diplomasi Rakyat Pak Jokowi), Komedi TV Terbaik (Syed Khairulfariz (Mail&Sudin Sambut Ramadan) dan Hiburan Muzikal TV Terbaik (S.Ghnadimathi (International Superstar Grand Final 2015).

Stesen televisyen TV3 pula memenangi empat anugerah manakala TV9 (1), ONE FM (2) dan IKIM FM (1).

Pelakon veteran Datuk Rahim Razali turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2016 yang disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang dan Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh.

Acara gilang-gemilang itu dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal termasuk Stacy, Salamiah Hassan, Azlan and the Typewriter, Ziana Zain, Siti Nordiana, Ning Baizura dan Adibah Nor.

ASA 2016 disiarkan secara langsung menerusi TV1 RTM, Astro Ria dan Tonton bermula 9 malam tadi. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan