Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RTM anjur konsert Mega Krismas 2015

2:06pm 14/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 157 views Jenayah,Tempatan
Cusna (paling kiri), Luvita (tengah) dan Penerbit Konsert Mega Krismas Sabah V fm 2015, DJ Mark Linus Joseph Antang semasa sidang media di Kompleks Bersepadu KKMM

Cusna (paling kiri), Luvita (tengah) dan Penerbit Konsert Mega Krismas Sabah V fm 2015, DJ Mark Linus Joseph Antang semasa sidang media di Kompleks Bersepadu KKMM

KOTA KINABALU : Radio Televisyen Malaysia  (RTM) cawangan Sabah akan menganjurkan Konsert Mega Krismas Sabah V fm 2015 di Pentas Terbuka Buhavan Square Donggongon, Penampang pada 19 Disember, tahun ini.

Penolong Pengurus Sabah V Fm, Cusna Yusuf berkata konsert tersebut berkonsepkan hiburan dan persembahan pentas dengan objektif mempromosi rancangan terbitan Sabah V Fm serta mendekati pendengar melalui konsert berkenaan.

Menurut Cusna, para penonton bakal dihiburkan oleh artis-artis jemputan dengan lagu-lagu Krismas pelbagai bahasa seperti Kadazan, Dusun, Murut, Cina dan Inggeris.

Sementara itu, Pegawai Daerah Penampang, Luvita Koisun selaku Pengerusi Bersama konsert berkenaan berkata majlis perasmian akan disempurnakan Ketua Bahagian UMNO Penampang, Datuk John Ambrose.

“Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi suasana konsert tersebut kerana pihak penganjuur menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk cabutan tiket bertuah.

“Antara hadiah utama ialah barangan elektrik serta tiket percutian ke Hong Kong,” katanya pada Sidang Media Konsert Mega Krismas Sabah V fm di Lobi Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi tadi.

Antara artis yang terlibat dalam konsert tersebut ialah Apprillisa Sue Ann, Rusdhy Raphael, Esther Clement Tubong, Romeno Suali, Lam Kong Yaw, Tinimungan Huhumozou Sabah dan Koir dari Sacred Heart Cathedral Kota Kinabalu selain dari persembahan para juruhebah Sabah V Fm. – SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan