Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RTM akan siar siaran langsung Istiadat Penghormatan Jenazah MH17

rtm

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan mengadakan siaran langsung ‘Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17’ di pekarangan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mulai 7.30 pagi, Jumaat ini bermula 7.30 pagi.

Saluran Radio RTM iaitu NasionalFM, TRAXXfm, AiFm dan MINNALfm akan turut membuat liputan.

Bahagian Berita Ehwal Semasa, Jabatan Penyiaran Malaysia, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan siaran langsung itu melibatkan upacara ketibaan jenazah dari Amsterdam, Belanda, diikuti upacara penghantaran jenazah melalui udara ke negeri-negeri di luar Lembah Klang dan jalan darat untuk pengebumian jenazah sekitar Lembah Klang.

“RTM sedaya upaya akan membawa siaran langsung upacara pengebumian di sekitar Lembah Klang dan Kuching, Sarawak serta beberapa lokasi lain yang terlibat dengan upacara pengebumian jenazah,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyatakan RTM akan mengadakan ‘grandstand’ sebelum jenazah tiba dengan beberapa pengisian termasuk laporan khas tragedi MH17 dan usaha diplomasi Malaysia untuk membolehkan semua jenazah penumpang dan anak kapal warga Malaysia dibawa balik untuk dikebumikan.

“RTM juga akan cuba menyiarkan maklumat terkini dari semasa ke semasa mengenai proses membawa pulang jenazah tragedi MH17 dengan mengadakan lintas langsung dari Amsterdam,” menurut kenyataan itu.

 

Komen


Berita Berkaitan