Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,688

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rozsall Beauty Academy bantu pelajar cari peluang pekerjaan

11:40am 01/05/2016 Leolerry Lajius 263 views Tempatan,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid
Jainab (tengah) mengambil gambar bersama pelajar sempena majlis graduasi berkenaan.

Jainab (tengah) mengambil gambar bersama pelajar sempena majlis graduasi berkenaan.

KOTA KINABALU: Seramai 97 orang pelajar Rozsall Beauty Academy yang telah menjalani kursus selama enam bulan menerima sijil tamat pengajian sempena majlis graduasi yang diadakan di sini, hari ini.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid, kursus tersebut telah berjalan selama 6 bulan bermula dari bulan September 2015 lagi dan telah berakhir pada 31 Mac tahun ini.

“Mereka kemudiannya menjalani latihan di industri selama sebulan sebelum diserap ke sebagai pekerja oleh majikan.”

“Kursus 6 bulan ini juga melayakkan mereka mendapat persijilan antarabangsa iaitu City dan Guilds Level 3 Diploma in Beauty Therapy Techniques dan juga VTCT Level 1 Certificate in Beauty Therapy yang juga dari badan persijilan antarabangsa iaitu United Kingdom,”katanya ketika berucap merasmikan majlis berkenaan.

Jainab juga menyeru kepada para graduan agar tidak membuang masa lagi dan terus menyahut seruan kerajaan untuk mencari rezeki yang halal dan menggunakan kemahiran dan kelayakan ini untuk membina kerjaya agar dapat membantu keluarga masing-masing.

“Saya difahamkan ada segelintir ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka mencari rezeki di semenanjung Malaysia.”

” Perlu diingat, industri kecantikan dan spa ini adalah lebih menonjol di semenanjung terutama Kuala Lumpur dan gaji yang ditawarkan adalah lebih RM3000 sebulan manakala di Sabah industri berkenaan tidak mampu untuk menyediakan gaji melebihi RM1000,”katanya.

Para graduan merupakan tajaan pembiayaan dari dua agensi Kerajaan iaitu Yayasan Pelajaran Mara dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan turut dibantu oleh Rozsall untuk mencari pekerjaan selepas tamat pengajian.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan