Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rozman lancarkan manifesto PRU 14 untuk hebatkan Labuan

LABUAN — Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli petang kelmarin melancarkan Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi Wilayah Persekutuan Labuan dengan  menumpukan tujuh teras utama ke arah membawa Labuan melalui transformasi ekonomi yang akan menghasilkan lonjakan berganda ke arah menjadikan Labuan sebuah bandar pulau bertaraf antarabangsa.
Ujar Rozman, dengan tema manifesto tersebut iaitu ‘Bersama Barisan Nasional, Hebatkan Labuan’, beliau optimis ekonomi Labuan akan dirancakkan dan Labuan akan terus memacu pertumbuhan ekonomi yang mapan yang memberikan impak yang positif kepada warga Labuan itu sendiri.

 

Tujuh teras itu adalah merealisasikan pembinaan jambatan menghubungkan Labuan ke  Menumbok; memacu pertumbuhan ekonomi berterusan dan mampan; menaiktaraf prasarana dan kemudahan awam; meningkatkan kualiti kesihatan dan keselamatan; meningkatkan tahap pendidikan dan peluang pekerjaan; melestarikan perpaduan dan kesejahteraan rakyat serta menjayakan tahun melawat Labuan 2021.
 Rozman juga berkata tujuh tonggak itu dirangka bertujuan mentransformasikan Labuan kepada​​​​​​​ persekitaran perniagaan rancak sering aspirasi untuk muncul sebagai pulau yang memiliki standard antarabangsa.

 

Manifesto tersebut turut memaparkan pencapaian Labuan di bawah kerajaan BN sejak lima tahun lalu, projek pembangunan yang telah diluluskan untuk dilaksanakan serta projek pembangunan yang sedang dalam pembinaan dan ianya dicetak dalam dwi bahasa iaitu bahasa melayu dan bahasa inggeris.
Turut hadir, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Labuan, Datuk Bashir Alias serta ketua-ketua parti komponen BN Labuan.-Penerangan Labuan.-Penerangan Labuan
Rozman (Dua dari kanan) bersama ketua parti komponen BN Labuan ketika gimik perasmian.

Komen


Berita Berkaitan