Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rozman gembira kempen jentera BN Labuan berjalan lancar

LABUAN Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P.166 Labuan, Datuk Rozman Isli gembira dengan kelancaran perjalanan kempen Pilihanraya Umum (PRU)-14 oleh jentera BN Labuan kali ini yang lebih teratur dan terancang.

“Alhamdulilah walaupun jadual kempen PRU-14 BN amat ketat, namun saya lihat sambutan amat mengalakkan oleh warga Labuan setiap kali ceramah BN diadakan di setiap kampung mahupun di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Labuan,”kata Rozman.

Rozman berkata demikian pada Majlis Sidang Media setelah beliau mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan PRU-14 Jabatan Penerangan Labuan di Bangunan Ujana Kewangan, di sini kelmarin.

“Saya juga gembira dengan sikap yang ditunjukkan oleh setiap jentera parti yang bertanding semasa tempoh kempen PRU-14 ini berlangsung yang diadakan dengan suasana aman dan lancar walaupun Parlimen Labuan menampilkan persaingan empat penjuru,” kata Rozman lagi.

Ketika diajukan soalan mengenai peluang kemenangan BN dengan majoriti yang lebih besar kali ini, Rozman optimis ianya dapat direalisasikan sekiranya peratusan keluar mengundi pada hari mengundi kelak lebih tinggi berbanding PRU-13 yang lalu.

“Bagi BN Labuan semestinya kemenangan dengan majoriti yang lebih besar amat diharapkan dan saya berharap agar warga Labuan membuat pilihan yang terbaik dengan mengambil kira prestasi kerajaan BN yang banyak membawa pelbagai projek pembangunan samaada ia sudah terlaksana mahupun yang telah diluluskan  khusus untuk kesejahteraan warga Labuan,” tambah Rozman.

Rozman juga menyeru agar penduduk Labuan dapat turun beramai-ramai menunaikan tanggungjawab untuk membuang undi agar peratusan mengundi kali ini meningkat berbandin PRU lepas.

Pada lawatan itu juga, Rozman turut merasmikan Pusat Media PRU-14 Jabatan Penerangan Labuan yang telah mula dibuka untuk para pengamal media Labuan sejak hari penamaan calon yang lepas.

Pusat Media yang beroperasi sepanjang PRU-14 ini dibuka setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam itu turut dilengkapi dengan wifi berkelajuan tinggi bagi memudahkan para pengamal media mengakses maklumat dengan pantas.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Azman Sipan serta Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Labuan, Rahimah Lamat.-Penerangan Labuan
Rozman (kiri) dan Azman (kanan) semasa gimik perasmian Pusat Media.

Komen


Berita Berkaitan