Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rozaimi masih congak masa depan

Rozaimi Abdul Rahman

KOTA KINABALU: Bekas penyerang Harimau Muda, Rozaimi Abdul Rahman, mengakui belum membuat keputusan mengenai pasukan baharu yang akan diwakilinya dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Rozaimi, 23, yang pernah dinobatkan sebagai antara 10 pemain terbaik Asia pada tahun 2012, mengesahkan menerima tawaran beberapa pasukan, termasuk dua dari Liga Super, namun baginya masih terlalu awal untuk membuat kata putus.

Dia yang kini masih dalam proses pemulihan susulan kemalangan jalan raya dialaminya pada Julai lalu, bagaimanapun enggan mendedahkan pasukan mana yang membuat tawaran terbabit kerana masih belum membuat sebarang keputusan.

“Memang ada beberapa tawaran saya terima, termasuk dua dari Liga Super, namun masih terlalu awal untuk membuat keputusan kerana tumpuan saya kini adalah untuk mencapai tahap kecergasan sebenar,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Rozaimi berkata, kecederaan akibat kemalangan kini semakin sembuh dan dia sudah mula menjalani latihan di padang untuk mencari semula rentak permainannya.

“Sekarang ini saya menjalani latihan bersama skuad Sabah dan mula rasa selesa beraksi di padang, kecederaan bahu yang saya alami akibat kemalangan juga semakin pulih.

“Saya berharap akan dapat menemui semula rentak permainan saya sebelum musim baru bermula tahun depan,” katanya.

Rozaimi juga tidak menolak kemungkinan akan kekal bersama skuad Sang Badak jika khidmatnya masih diperlukan bagi musim depan.

“Setakat ini, saya tidak menerima tawaran dari Sabah, namun jika mereka masih perlukan khidmat saya, saya akan pertimbangkan… siapa tidak mahu mencurah bakti bersama pasukan negeri sendiri,” katanya.

Rozaimi terbabit dalam nahas jalan raya di Kilometer 3.5 Jalan Tuaran, di sini, pada 6 Julai lalu yang turut mengakibatkan anak saudaranya, Awangku Mohd Faris, 21, meninggal dunia.

Oktober lalu, Rozaimi mengesahkan kontraknya bersama skuad Badak tidak disambung dan berhasrat berpindah menyertai pasukan Liga Super dalam saingan Liga-M musim depan. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan