Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Royalti minyak: Wanita Umno KK tetap sokong

royalti minyak sabah

KOTA KINABALU – Wanita Umno Kota Kinabalu menyokong penuh apa juga hasrat kepimpinan kerajaan negeri untuk mendapat bahagian atau imbuhan yang lebih baik daripada royalti petroleum berbanding yang diperoleh sekarang.

Bagaimanapun Wanita Umno mahu supaya penyelesaian tuntutan berkenaan dilakukan secara baik melalui perbincangan menyeluruh dan tidak perlu terburu-buru serta beremosi.

“Bukan bentuk (jumlah) royalti diutamakan, asalkan ada peruntukan atau dana masuk ke dalam akaun kerajaan negeri. Elakkan daripada terpengaruh dengan suara parti pembangkang yang kita lihat hanya mahu menangguk di air keruh serta mempunyai maksud dan niat supaya rakyat membenci pimpinan kerajaan pusat.

“Mereka ini tidak pun mengambil kira kepentingan rakyat Sabah itu sendiri,” menurut usul berkenaan.

Usul yang diluluskan sebulat suara itu dibentangkan Ketua Wanita Umno Cawangan Kg Baru, Bukit Padang, Ruani Junin pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Kota Kinabalu yang dirasmikan Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu Datuk Faisyal Yusuf Hamdain Diego.

Difahamkan Wanita Umno Kota Kinabalu merupakan bahagian pertama mengadakan mesyuarat bahagian di seluruh negara.

Komen


Berita Berkaitan