Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Royalti Minyak 20% Keutamaan Kerajaan Negeri

Foto SabahNewsToday

 

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan menjadikan isu bayaran royalti minyak sebanyak 20 peratus sebagai satu keutamaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan baharu akan memastikan Sabah akan mendapat ‘the best deal’ seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Ini kita perlu perhalusi kerana persoalannya pada saat ini sama ada ianya berdasarkan keuntungan bersih, untung kasar atau 5+15 peratus seperti apa yg kita perolehi.

“Ia antara tuntutan kerajaan negeri iaitu memohon semakan semula hasil-hasil daripada gas dan minyak yang diterima Sabah.

“Dan pembayaran tunai petroleum ini bukan sahaja perlu dikaji semula tetapi dinaikkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Jahid Jahim (PBS-Tamparuli) dan Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan (Star-Tambunan) berkenaan usaha kerajaan dalam menyelesaikan mekanisme pembayaran royalti minyak Sabah di Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ke-15 di sini hari ini.

Shafie berkata, kerajaan negeri sangat komited dalam menyelesaikan isu mekanisme pembayaran semula 20 peratus royalti minyak kepada Sabah.

Beliau menekankan bahawa setiap kegiatan Petronas di peringkat negeri perlu melibatkan kerajaan Sabah dalam operasinya.

“Bukan hanya mereka wujudkan aktiviti di peringkat cari gali dan hiliran yang ada.

“Mereka mesti melibatkan kerajaan negeri Sabah dan kita mesti antara yang berkepentingan dalam operasinya.

“Saya tidak mahu ada monopoli di peringkat Petronas bila terdapat kegiatan hiliran di sini kerana kita sedar kalau kerajaan negeri terlibat dalam operasi mereka, apabila royalti keuntungan turun, kita ada pendapatan dalam penglibatan operasi mereka,” jelasnya.

Dalam pada itu, tambahnya, ia akan lebih terjamin jika sekiranya penglibatan kerajaan negeri dalam aktiviti hiliran dapat kita realisasikan. –Oleh Alfred Petrus/SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan