Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Royalti milik penuh Aliff

aliff

Kuala Lumpur: Segala royalti daripada penjualan album Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini akan disalurkan kepada anak tunggalnya, Aliff Omar Ali, 32.

Pengurus Besar Universal-EMI Malaysia, Mujahid Abd Wahab berkata, jika seseorang penyanyi rakaman itu meninggal dunia, mengikut peruntukan undang-undang, semua bayaran royalti akan diserahkan kepada waris yang sah seperti suami, isteri atau anak.

“Disebabkan Allahyarham mempunyai anak, bayaran itu akan diserahkan kepada anaknya, Aliff. Bagaimanapun semuanya masih dalam proses kerana Kak Pah baru beberapa hari meninggal dunia. Pihak kami belum berkesempatan lagi bertemu Aliff dan berbincang lebih lanjut mengenai perkara ini,” kata Mujahid kepada Harian Metro ketika dihubungi semalam.

“Perkara ini bukannya satu masalah kerana pihak kami memang akan menyerahkan kepada Aliff apabila sampai masanya kelak. Seterusnya, terpulanglah kepada Aliff untuk menyerahkan wang royalti ini kepada sesiapa saja yang dikehendakinya,” kata Mujahid kepada Harian Metro ketika dihubungi semalam.

Difahamkan, bayaran royalti daripada syarikat rakaman biasanya dibuat dalam tempoh setahun sekali atau enam bulan sekali kepada karyawan yang terbabit dalam pembikinan sesebuah album iaitu penyanyi, komposer dan penulis lirik.

Selama 45 tahun berjuang sebagai anak seni, Allahyarham Sharifah memiliki 135 album termasuk album penuh dan kompilasi dalam bahasa Malaysia serta Inggeris. Beliau juga satu-satunya artis yang bertahan paling lama dengan label EMI (sejak EP pertama, Seri Dewi Malam pada 1970) hingga berjaya mencipta nama dalam Malaysia Book of Records.

Antara album Allahyarham yang cukup diingati ialah Seri Dewi Malam, Kekasih Pujaan, Cahaya Keinsafan, Forever & Ever, Malam, Rahsia Hati, Kau Yang Bernama, Yayadan dan Seribu Mawar.

Sementara itu, Pengerusi Badan Pemungut Royalti (MACP), Habsah Hassan pula berkata, pihaknya akan membayar royalti kepada waris Sharifah hasil daripada sumbangannya sebagai penulis lirik.

Komen


Berita Berkaitan