Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Royalti 20 peratus minyak tahun ini bersamaan RM5bil: Shafie

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal iringi Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau keluar dari dewan selepas sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-15 ditangguhkan oleh Timbalan Speaker Dewan Datuk Ahmad Abdul Rahman di Bangunan DUN Sabah, di Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menganggarkan perolehan kira-kira RM5 bilion sekiranya pemberian royalti minyak 20 peratus kepada Sabah diluluskan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ia adalah sebagai gambaran berdasarkan bayaran royalti minyak lima peratus dari Petronas untuk tahun ini.

“Sebagai satu gambaran sahaja dan dengan andaian bahawa sekiranya kaedah pengiraan kekal seperti yang sedia ada.

“Peningkatan kadar kepada 20 peratus akan membolehkan kutipan royalti negeri tidak kurang daripada RM5 bilion dengan mengambil anggaran yang diberikan Petronas bagi bayaran royalti petroleum lima peratus untuk 2018 iaitu RM1.318 bilion,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Dr. Joachim Gunsalam (BN-Kundasang) berkenaan jumlah peningkatan kewangan yang bakal diperolehi kerajaan negeri apabila berjaya menaikan pemberian royalti minyak kepada 20 peratus.

Shafie yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, cadangan kerajaan negeri untuk meningkatkan kadar royalti petroleum kepada 20 peratus itu masih dalam peringkat perbincangan dengan kerajaan Persekutuan.

“Dalam pada itu, kerajaan negeri akan membentuk jawatankuasa khas bagi memperhalusi perkara mengenai tuntutan royalti minyak.

“Kementerian Kewangan negeri juga telah memajukan kepada Petronas berhubung isu ini.

“Pihak Petronas telah memberi maklum balas bahawa jumlah bayaran tunai hasil minyak dan gas ke depan adalah bergantung kepada pelbagai faktor serta sukar untuk dijangkakan pada masa ini,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan