Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Royal Brunei umum pemenang cabutan bertuah

9:45pm 12/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 107 views Tempatan
Christopher Wong bersama dengan para pemenang pertandingan mewarna

Christopher Wong bersama dengan para pemenang pertandingan mewarna

KOTA KINABALU- Syarikat penerbangan Royal Brunei bersama dengan Pusat beli belah, Suria Sabah telah mengumumkan pemenang bagi kempen cabutan bertuah yang telah dijalankan bermula pada 20 Oktober, yang lalu.

Kempen tersebut yang bertemakan ” Shop for betterfly” bertujuan untuk meningkat kuasa beli masyarakat di negeri ini sekali gus memberi ganjaran yang bermakna dan berharga atas setiap pembelian mereka di pusat beli belah tersebut.

Kempen itu memberi peluang kepada pelanggan Suria Sabah untuk bercuti di luar negara semasa hari perayaan dan cuti sekolah ini. Diantara hadiah cabutan bertuah yang telah disediakan adalah tiket pulang balik ke Melbourne untuk dua orang, tiket pulang balik ke Ho Chi Min atau Bangkok untuk seorang.

Tiga orang pemenang bagi kempen cabutan bertuah tersebut ialah Justin Silui Juani ( tiket percutian pulang balik ke Melbourne untuk dua orang), Yong Kion Chin ( tiket percutian pulang balik untuk seorang ke Bangkok) dan Jeremiah Loo Yin Kat ( tiket percutian pulang balik untuk seorang ke Ho Chi Minh).

Para pemenang akan diberikan masa selama enam bulan untuk menebus dan menempah tiket penerbangan mereka dari syarikat penerbangan Royal Brunei.

Disamping itu, pertandingan melukis dan mewarna juga telah diadakan untuk menggalakkan kanak-kanak untuk menunjukkan kreativiti mereka dalam bidang tersebut.- Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan